MAC 2023

Premier, Isteri Hadiri Perasmian Hari Wanita Sarawak 2023


KUCHING, 18/3 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir di Pusat Konvensyen Demak (PCC), Kuching bagi merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat 

Negeri Sarawak hari ini. 

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta ahli-ahli Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan persatuan lain.

Dalam majlis yang sama, Premier telah menyampaikan Anugerah Tokoh Wanita Sarawak Sempena Hari Wanita 2023 kepada beberapa orang penerima anugerah yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti yang berikut: 

1. Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita: Norjanah Razali

2. Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita: 

Natasha Nasa Douglas Uggah

3. Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita:

Manjeet Kaur Sidhu

4. Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas:

Christina Thomas Mamora

5. Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang:

The Society for Kuching Urban Poor (SKUP)

Sumber dari : Sarawakku